iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Rabu, 30 Jun 2010

Cabaran : Copy & Menang !!!


Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com

Tarikh tutup penyertaan :
31 Julai 2010
Maklumat Hadiah
MP3 Player ini sangat funky.
Berkapasiti 2 GB
Amat ringan.
Comel.





P/s : Pasti Menarik bukan ? jom sertai sekarang,jangan lepaskan peluang ini.
ReAd mORe - Cabaran : Copy & Menang !!!

100Cara Promosi Tingkatkan WebTrafik Anda


Ramai di antara rakan-rakan kita di Internet yang mencari tips mengenai cara promosi, marketing dan advertising yang sesuai bagi web mereka sama ada untuk tujuan personal mahupun bisnes. Di
sini saya mengambil sedikit kesempatan untuk menyenaraikan 100 cara
promosi yang biasa dilakukan oleh ramai Internet Marketers
di Malaysia. Semoga ia dapat membantu anda dlm mempromosikan web secara online ataupun offline. Di sini ada 100 cara promosi untuk tingkatkan traffic web anda seperti berikut : baca dan download percuma disini scribd
ReAd mORe - 100Cara Promosi Tingkatkan WebTrafik Anda

Isnin, 28 Jun 2010

demam FB di suria fm

Demam kini bermula , 
"Demam facebook Suria fm" add SEKARANG! klik LIKE. Peluang menang sebahagian wang tunai RM20k.
keterangan lanjut di facebook suria fm
atau layari website suria fm
ReAd mORe - demam FB di suria fm

diabetes (kencing manis)

lihatlah gambar² diatas ini, kerana kencing manis mereka tersiksa sebegini. adakah anda semua mahukan ini, sudah pasti tak mahu bukan.. semuanya berpunca dari sejenis bahan yg kita suka kalau tiada tak bermakna setiap minuman . ia adalah ini >>>>>>>>>>>>>>
G.U.L.A.


banyak lagi penyakit disebabkan gula ini. jika anda seorang perempuan yg mengandung jika ada kencing manis ,pasti menjejaskan kandungan sebab ia akan membesar dengan cepat. ini akan mengakibatkan bayi membesar cepat dari waktunya. pembedahan terpaksa dilakukan segera untuk mengelak kandungan terlebih besar..

jadi ingatan saya pada anda semua .. kurangkan gula dalam minuman tambahkan kemanisan dalam senyuman...
ReAd mORe - diabetes (kencing manis)

Jumaat, 25 Jun 2010

kisah menyayat hati. pelajar MTD mati didera

Seorang pelajar Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja (MTD) mati di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi di sini, awal pagi semalam, dipercayai akibat dibuli dan didera.

Mohammad Naim Mustaqim Mohd Sobri, 16, dikatakan pengsan selepas didera sekumpulan pelajar senior antara jam 11.30 pagi kelmarin dan 1.20 pagi semalam di asrama maktab Kem Sungai Besi itu.

Beliau kemudian dikejarkan ke pusat perubatan itu, namun disahkan meninggal dunia.

Sumber memberitahu Berita Harian, mangsa antara lain dipaksa melakukan tekan tubi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata siasatan awal mendapati ada unsur jenayah dalam kematian Mohammad Naim dan siasatan masih dijalankan.

Kami menerima laporan daripada pihak tentera pada jam 2 pagi tadi (semalam) memaklumkan mangsa pengsan di asrama dan dikejarkan ke hospital di dalam kem itu, tetapi meninggal dunia.

Selepas menerima laporan itu, sepasukan polis dihantar ke PPAT dan membawa jenazah mangsa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Abdul Rahim yang mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, berkata setakat malam tadi belum ada sebarang tangkapan kerana masih menunggu laporan bedah siasat di HUKM dan laporan kimia.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) dari Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca dan sebab kejadian itu berlaku.

Beberapa pelajar dikenal pasti bersama-sama Allahyarham ketika kejadian turut dipanggil bagi membantu siasatan, kata kenyataan itu.

Jenazah Mohammad Naim diterbangkan menggunakan pesawat pengangkut tentera, Hercules C-130 ke Pangkalan Tentera Udara Alor Setar untuk urusan pengebumian di Baling.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Sobri Mohd Sofian, 41, yang ditemui di rumahnya di Kampung Siong, Baling, malam tadi berkata, dia terkilan apabila pihak ATM lewat memaklumkan mengenai kematian anaknya itu.

Katanya, dia menerima panggilan daripada seorang pegawai ATM kira-kira jam 1.20 pagi semalam yang hanya memaklumkan Mohd Naim Mustakim meninggal dunia dan tidak memberitahu punca kematiannya.

Pegawai itu tidak memberitahu secara terperinci kejadian berkenaan, termasuk mengapa anak saya yang sihat meninggal dunia. Mereka juga lewat memaklumkan kejadian itu kepada kami, katanya.

Sementara itu, jenazah mangsa tiba di rumahnya kira-kira jam 8.30 malam tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Baling, malam tadi.
ReAd mORe - kisah menyayat hati. pelajar MTD mati didera

hikayat sang kancil, kerbau dan buaya yg bodoh


Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek aja, jenih dan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itu menuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih. Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung ke arah uara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai.
"Tolong! Tolong! Tolong aku, kerbau!" tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh. Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatu berbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya.Oh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau. "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang kayu ini," jawab buaya. Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya. Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera menangkapnya.
"Eh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau apabila dirasai kakinya digigit buaya. "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku," jelas buaya sambil menggigit lebih kuat lagi. "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat," kata kerbau.
"Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat," sambung kerbau lagi. "Aku tidak peduli," jawab buaya. Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain," kerbau merayu. Tetapi buaya tetap tidak peduli. "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat," kata buaya. "Apakah syaratnya?" tanya kerbau. "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini," ujar buaya. "Kalau jawapannya sama sebanyak tiga kali, aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi.
Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya pun bertanya pada saji.
"Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. "Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat," jawab saji. Saji menceritakan kisah hidupnya. "Di rumah, aku digunakan untuk menutup makanan. Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi," jelas saji. "Pendek kata, aku banyak menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi," cerita saji. "Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak, tidak berdaya lagi menutup makanan, aku dibuang ke sungai," ujar saji. "Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik dibalas jahat," saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut."Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang aku kata?" tanya buaya. Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau berdoa di dalam hati supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang yang baik," kata kerbau dalam hatinya. Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ. Sebelah daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya tembus. Tetapi kasut itu bergantung kepada pasangannya dengan tali. Kedua-dua belah kasut itu bersama-sama hanyut. "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba tanya," kata buaya. "Kasut, betul atau tidak berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. Kerbau berdebar-debar menunggu jawapan kasut. Kalau kasut bersetuju dengan kenyataan itu bererti ia akan selamat. Kalau kasut berkata tidak betul, habislah riwayatnya. "Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat," jawab kasut. Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut memberi jawapan itu. Kasut lalu bercerita.Pada suatu masa lalu, kasut amat disayangi oleh tuannya. Setiap hari kasut dibersihkan dan dikilatkan. Apabila malam, kasut itu disimpan di tempat selamat. Kasut itu juga hanya dipakai oleh tuannya apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau tuannya pergi ke tempat berpasir atau berlumpur, kasut itu tidak dipakainya. Tetapi apabila sudah buruk, kasut itu tidak disayangi lagi. Badannya tidak dikilatkan lagi. Kasut itu dibaling ke tepi tangga selepas digunakan. Apabila malam, kasut itu ditinggalkan di halaman rumah. Kasut itu dibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga, kasut itu menjadi tempat persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu buruk dan koyak, kasut itu dibuangkan ke dalam sungai. "Itulah sebabnya aku hanyut ke sini," kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air. "Sudah dua jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi," kata buaya. "Kalau datang yang ketiga, sama jawapannya, engkau akan menjadi habuanku," jelas buaya kepada kerbau.Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang. Manakala buaya pula kelihatan bengis. "Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?" tanya kancil. "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga untuk mengadili kami," kata buaya. "Mengapa?" tanya kancil. "Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat," kata buaya. "Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?" tanya kancil. Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu. Kerbau datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau. Buaya menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya. "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya," kata kancil. "Mula-mula aku kena tindih batang pokok patah.

Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku," jawab buaya. "Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?" tanya Kancil. "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu," jawab buaya. "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih," ujar kancil. Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok. "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas belakang buaya?
Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu?" kancil mengarah seperti hakim. Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil. "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat?" kancil mengarah buaya. Buaya cuba bergerak dan mengangkat batang pokok itu tetapi tidak berdaya. "Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih," kata kancil. "Up! Up!" bunyi suara buaya cuba mengalih batang pokok. "Kuat lagi! Kuat lagi!" seru kancil.Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat. Kerbau pula menunggu arahan kancil. "Selepas itu apakah yang terjadi?" tanya kancil. "Selepas itu aku datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu. Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku," jawab kerbau. "Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?" tanya kancil. Kerbau segera mendekati batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendak engangkat batang kayu itu. "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu," kata kancil. "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati," jawab kerbau. "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau," pekik buaya. Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.
"Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup,

engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau," pekik buaya. Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.
ReAd mORe - hikayat sang kancil, kerbau dan buaya yg bodoh

Rabu, 23 Jun 2010

Bagaimana melepasi firewall untuk membuka facebook


ReAd mORe - Bagaimana melepasi firewall untuk membuka facebook

jangan tulis perkataan (*israel*) di wall facebook anda

Hati-hati !!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf itu i(tulis camni takpe I5Ra3L) (tulisan biasa) di WALL, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini
TAPI JANGAN DI LIKE :
Coba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu…Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..
Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah,
jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page 15r43L dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata 15r43L ada disana juga.

Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist..
Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya..
tolong disebarin.
ReAd mORe - jangan tulis perkataan (*israel*) di wall facebook anda

Isnin, 21 Jun 2010

Shamsul akmar musa kamal. wira negara yg berasal dari sg. siput (u)

SUNGAI SIPUT, 13 Jun (Bernama) -- Sukarelawan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal hari ini menggesa rakyat negara ini agar terus lantang menyuarakan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.

Ini kerana katanya, sebagai sebuah negara berbilang bangsa dengan pelbagai agama, Malaysia dilihat masyarakat antarabangsa sebagai negara yang unik.

Dunia juga melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang tidak pernah membiarkan sekutu Israel mempengaruhi pendiriannya, kata beliau ketika berkongsi pengalamannya ditahan tentera rejim Zionis dengan masyarakat Sungai Siput, di sini hari Ahad.

Shamsul Akmar adalah antara enam warga Malaysia yang berada di atas kapal 'Rachel Corrie' iaitu kapal terakhir dalam konvoi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza baru-baru ini yang ditahan tentera Israel.

Sebelum itu 12 rakyat Malaysia di atas kapal 'Mavi Marmara' ditahan selama 28 jam oleh tentera rejim yang menyerang kapal tersebut dalam usaha menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan berkenaan.

Menceritakan pengalamannya, Shamsul Akmar yang juga anak kelahiran Sungai Siput berkata beliau terkilan kerana bukan saja gagal menyempurnakan misi tetapi juga tidak dapat menyampaikan sekotak besar coklat yang diamanahkan abangnya untuk kanak-kanak Palestin.

"Semasa saya keluar dari kapal itu, saya lihat kerusi roda, alat perubatan, juga sekotak coklat di tepi kapal itu dan timbul rasa sayu dan hiba.

Mengapa begitu kejam Israel ini yang menyekat sebarang bantuan. Kita bukan beri benda yang tidak baik," katanya.

Program itu dianjurkan Umno Bahagian Sungai Siput dan dihadiri lebih 100 penduduk.

-- BERNAMA
Saya sebagai anak jati dari sg. siput turut berbangga dengan apa yg telah dilakukan oleh saudara shamsul akmar.
ReAd mORe - Shamsul akmar musa kamal. wira negara yg berasal dari sg. siput (u)

Isnin, 14 Jun 2010

Pengasas Myspace

Siapa pengasas Myspace? ia diasaskan oleh salah seorang bekas ahli pengurusan Friendster iaitu Chris Dewolfe dan Tom Anderson pada 2003. Mereka mendapati mereka mempunyai cara untuk mengatasi populariti friendster yang kian meningkat. Pada tahun 2005 Rupert Murdoch pengasas media empire telah membeli Myspace dengan harga $580 million. Dalam jangka masa sebulan 40Billion orang melawat laman web myspace dan google membayar $900 million kepada Myspace search provider.
ReAd mORe - Pengasas Myspace

Khamis, 10 Jun 2010

twitter

JJack Dorsey
                        Jack Dorsey | gambar dari laughingsquid.com

Jack Dorsey dilahirkan pada 19 November 1976 dimana beliau merupakan seorang jurutera perisian (software engineer) dan juga seorang ahli perniagaan dan yang paling diketahui umum bahawa beliaulah yang mencipta Twitter. Technology Review telah menobatkan beliau dalam senarai TR35 (iaitu gelaran berprestij pencipta di bawah umur 35 tahun).
Jack Dorsey membesar di St. Louis Missouri. Beliau melanjutkan persekolahan tinggi di Bishop DuBorg High School dan melanjutkannya di Missouri University of Science and Technology sebelum berpindah ke New York University di mana di situlah ilham untuk melahirkan Twitter bermula. Ketika bekerja dalam industri penghantaran sebagai pengaturcara (programmer) ia kemudian pindah ke California.
Di Oakland pada tahun 2000, beliau memulakan operasi syarikat dalam penghantaran kurier, teksi dan perkhidmatan kecemasan melalui laman web. Projek dan idea beliau yang lain pada waktu itu termasuk rangkaian perkakas perubatan dan “frictionless service market”. Pada Julai 2000, dalam membangunkan diri dalam bidang penghantaran dan berinspirasikan dalam sebahagian dari LiveJournal dan kemungkinan juga dari AOL Instant Messenger, beliau mendapat ilham komunikasi status realtime.
Idea Twitter
         Lakaran Idea Twitter | gambar dari businessinsider.com

Semasa pertama kali menyaksikan perlaksanaan pesanan segera (instant messaging), Jack Dorsey terfikir alangkah baiknya jika output status pengguna software boleh dikongsikan di kalangan rakan-rakan dengan mudahnya. Beliau mengajukan hal ini kepada Odeo, di mana secara kebetulannya pada waktu itu memang berminat dengan pesanan teks (text messaging). Jack Dorsey and Biz Stone mengambil keputusan bahawa teks SMS adalah idea status pesanan yang paling sesuai dan akhirnya membangunkan prototaip Twitter dalam lebih kurang dua minggu. Idea beliau menarik minat ramai pengguna di Odeo dan seterusnya beliau mendapat dana pelaburan daripada Evan Williams yang telah meninggalkan Google setelah menjual Pyra Labs dan Blogger.
logo twitter
                                                                     Logo Twitter
Jack Dorsey, Biz Stone dan Evan Williams menubuhkan Obvious tetapi setelah itu kembali semula ke Twitter, Inc. Sebagai CEO, Jack Dorsey melihat permulaannya melalui dua kali pendanaan oleh pemodal yang menunjangi syarikat. Pada 16 Oktober 2008, Evan Williams mengambil alih tugas sebagai CEO dan Jack Dorsey pula menjadi Pengerusi (Chairman).
Memandangkan perkhidmatan ini semakin hari semakin popular, Jack Dorsey akhirnya memilih untuk menambahbaik uptime sebagai keutamaannya, melebihi daripada hanya mendapat keuntungan semata-mata. Di mana pada tahun 2008 Twitter pada asalnya bukan dibangunkan untuk meraih keuntungan pun. Jack Dorsey menggambarkan penggunaan komersial dari Twitter dan API sebagai dua hal yang boleh menyebabkan ciri berbayar. Tiga falsafah beliau yang dikongsikan dengan seluruh pekerja di syarikatnya dan pegangannya ialah ringkas (simplicity), kekangan (constraint) dan kemahiran (craftsmanship). follow saya di twitter .terima kasih
ReAd mORe - twitter

facebook

Anda ada account facebook? Pasti semua orang pun ada. Tapi dari mana sebenarnya datang facebook nie? Gambar di bawah adalah Mark Zuckerberg (Mark Elliot Zuckerberg) pengasas facebook yang kini bergelar billionair. Anda. Bayangkan menjadi billionaire pada usia 26 tahun. Memang sesuatu yang mengejutkan.
Beliau dilahirkan pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Syarikat (AS)  dan hanya merupakan seorang pelajar ketika mengasaskan facebook pada 2004 di Havard University. Sebenarnya, facebook merupakan satu tools yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Havard. Facebook direka untuk Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya yang lain di Havard berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka. Myspace dan Friendster adalah aplikasi yang hampir sama dengan facebook tetapi facebook mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri menyebabkan ia menjadi amat popular di Havard. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ia telah mula digunakan di kolej-kolej, sekolah, dan dalam tempoh setahun, ia telah dibuka kepada orang ramai.Banyak sebenarnya kisah-kisah di Internet tentang bagaimana Mark Zuckerberg nie menjadi kaya dengan tiba-tiba. Beliau banyak dibantu oleh rakan-rakan programmer yang lain untuk menjadikan facebook satu platform sosial networking yang terbaik di dunia. Yang menariknya setelah baru 2 tahun beroperasi jer, banyak web2 sosial network dan media seperti Myspace dan Youtube dijual dengan harga berjuta dollar. Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak USD$580 juta, YouTube menerima tawaran USD$1.5 billion dari Google tetapi Mark Zuckerberg langsung tidak mahu menjual facebook walaupun ditawar oleh Google & Yahoo iaitu sebanyak hampir USD$1 billion. "Facebook bukan untuk dijual" kata beliau dengan selamba. Ini menimbulkan kontrovesi dan beliau dikatakan bodoh kerana tidak menerima tawaran tersebut. Pelbagai tomahan dan kritikan pedas diajukan terhadap beliau tetapi beliau tetap berkeras tidak mahu menjual facebook kepada sesiapapun.
Hasilnya, setelah 3 tahun, beliau ditabalkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh  Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5 billion. Kini, Microsoft pun berminat dan telah membeli share facebook sebanyak 1.6% bernilai USD$246 juta. Ramai lagi yang turut membuat pelaburan besar dengan facebook seperti pengasas PayPal, Peter Theil begitu juga billionaire terkenal dari Hong Kong, Li Ka-Shing. Sehingga kini facebook menjadi semakin canggih dan penggunaannya amat meluas sehingga ada yang menjadi kaya-raya disebabkan oleh pengiklanan facebook.
Memandangkan saya dah ceritakan sedikit sejarah tentang facebook nie. Apa kata anda semua add facebook saya KLIK DI SINI.  Terima kasih..
ReAd mORe - facebook