iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Khamis, 10 Jun 2010

twitter

JJack Dorsey
                        Jack Dorsey | gambar dari laughingsquid.com

Jack Dorsey dilahirkan pada 19 November 1976 dimana beliau merupakan seorang jurutera perisian (software engineer) dan juga seorang ahli perniagaan dan yang paling diketahui umum bahawa beliaulah yang mencipta Twitter. Technology Review telah menobatkan beliau dalam senarai TR35 (iaitu gelaran berprestij pencipta di bawah umur 35 tahun).
Jack Dorsey membesar di St. Louis Missouri. Beliau melanjutkan persekolahan tinggi di Bishop DuBorg High School dan melanjutkannya di Missouri University of Science and Technology sebelum berpindah ke New York University di mana di situlah ilham untuk melahirkan Twitter bermula. Ketika bekerja dalam industri penghantaran sebagai pengaturcara (programmer) ia kemudian pindah ke California.
Di Oakland pada tahun 2000, beliau memulakan operasi syarikat dalam penghantaran kurier, teksi dan perkhidmatan kecemasan melalui laman web. Projek dan idea beliau yang lain pada waktu itu termasuk rangkaian perkakas perubatan dan “frictionless service market”. Pada Julai 2000, dalam membangunkan diri dalam bidang penghantaran dan berinspirasikan dalam sebahagian dari LiveJournal dan kemungkinan juga dari AOL Instant Messenger, beliau mendapat ilham komunikasi status realtime.
Idea Twitter
         Lakaran Idea Twitter | gambar dari businessinsider.com

Semasa pertama kali menyaksikan perlaksanaan pesanan segera (instant messaging), Jack Dorsey terfikir alangkah baiknya jika output status pengguna software boleh dikongsikan di kalangan rakan-rakan dengan mudahnya. Beliau mengajukan hal ini kepada Odeo, di mana secara kebetulannya pada waktu itu memang berminat dengan pesanan teks (text messaging). Jack Dorsey and Biz Stone mengambil keputusan bahawa teks SMS adalah idea status pesanan yang paling sesuai dan akhirnya membangunkan prototaip Twitter dalam lebih kurang dua minggu. Idea beliau menarik minat ramai pengguna di Odeo dan seterusnya beliau mendapat dana pelaburan daripada Evan Williams yang telah meninggalkan Google setelah menjual Pyra Labs dan Blogger.
logo twitter
                                                                     Logo Twitter
Jack Dorsey, Biz Stone dan Evan Williams menubuhkan Obvious tetapi setelah itu kembali semula ke Twitter, Inc. Sebagai CEO, Jack Dorsey melihat permulaannya melalui dua kali pendanaan oleh pemodal yang menunjangi syarikat. Pada 16 Oktober 2008, Evan Williams mengambil alih tugas sebagai CEO dan Jack Dorsey pula menjadi Pengerusi (Chairman).
Memandangkan perkhidmatan ini semakin hari semakin popular, Jack Dorsey akhirnya memilih untuk menambahbaik uptime sebagai keutamaannya, melebihi daripada hanya mendapat keuntungan semata-mata. Di mana pada tahun 2008 Twitter pada asalnya bukan dibangunkan untuk meraih keuntungan pun. Jack Dorsey menggambarkan penggunaan komersial dari Twitter dan API sebagai dua hal yang boleh menyebabkan ciri berbayar. Tiga falsafah beliau yang dikongsikan dengan seluruh pekerja di syarikatnya dan pegangannya ialah ringkas (simplicity), kekangan (constraint) dan kemahiran (craftsmanship). follow saya di twitter .terima kasih

0 ulasan: