iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Rabu, 30 November 2011

Keluhan sepasang suami isteri





keluhan si suami

Subuh, mandi nak pergi kerja.

Pagi, naik kereta pergi kerja.

Tengahari, makan kat tempat kerja.

Petang, balik kerja.

Maghrib, tak ada kerja.

Malam, kerjakan isteri.

Bangun pagi, penat malam tadi kerja.

Tak sudah-sudah dengan kerja.....



Keluhan si isteri



Subuh, basuh kain.


Pagi, sidai kain.


Tengahari, angkat kain.


Petang, lipat kain.


Maghrib, susun kain.


Malam, BUKA KAIN.


Bangun pagi, hilang kain.


Tak sudah-sudah dengan kain......




sekadar berjenaka..
ReAd mORe - Keluhan sepasang suami isteri

Selasa, 22 November 2011

Forza Malaysia. Malaysia kuasa bolasepak di asia tenggara

Tahniah Malaysia menang emas bagi bolasepak sukan sea ke26 di indonesia.
apa yang nak dipaparkan oleh saya disini ialah layanan kurang mesra terhadap peserta dari malaysia
oleh penyokong indonesia yang begitu jelas mengprovokasi mental peserta kita.

tapi saya percaya semua rakyat malaysia sedikit terasa, namun tidak sama sekali kita mahu membalasnya. ini kerana sifat profesional kita yang amat tinggi. tahniah rakyat malaysia. namun semalam telah menutup mulut penyokong fanatik indonesia. semuanya kerana pasukan bolasepak u-23 kita telah dikalungkan sebutir pingat emas yg cukup
beharga dari segi moral dan perjuangan. tambah² lagi lawan yg disingkirkan oleh kita ialah sang garuda indonesia,
yg ternyata tidak mampu terbang megah di awangan.

tahniah malaysia tahniah ong kim swee dan anak² buah. sekalung tahniah atlet malaysia yg lain. tanpa anda tiada ertinya malaysia boleh berjaya.
dengan pelbagai helah telah dilakukan oleh tuan rumah tapi malaysia tetap berdiri megah.....
FORZA MALAYSIA

ReAd mORe - Forza Malaysia. Malaysia kuasa bolasepak di asia tenggara

Isnin, 7 November 2011

Sejarah bagaimana bermula terciptanya blog

Blog merupakan hasil evolusi dari diary online: Diary atau catatan harian mengenai pendapat, pandangan, dan apapun itu dalam bentuk yang diterbitkan dalam talian (menggunakan website). Salah seorang pioneer dari internet-based journalist ini adalah Justin Hall, yang melakukan membuat online diarynya Justin Links From The Underground ketika dia masih merupakan pelajar dari Swarthmore College.

Kala itu, Blog (atau ketika itu bernama online diary) pada umumnya merupakan website yang mengandungi kumpulan link ke laman web lain yang disertai komentar dan pendapat pemilik online diary tersebut mengenai laman dari tujuan link tersebut.Sehingga online diary ketika itu boleh juga dikatakan sebagai katalog link mengikut pendapat pemilik. Para Diarist adalah editor yang memilih link mana yang menarik dan memaparkan link tersebut di dalam talian diarynya.
Pada tahun 1997, Jorn Barger, seorang pengaturcara yang juga menguruskan website online diary "robot wisdom" mencipta istilah weblog yang diambil dari kata "logging the web". Logging boleh diertikan masuk. So, logging the web boleh diertikan "memasuki web". Korelasinya adalah blogger awal di kala itu merupakan orang yang masuk ke belantara web dan menyusun link-link menarik mengikut pendapatnya.
Hingga 1998, baru ada beberapa website yang boleh dikenalpasti sebagai blog, hingga ketika itu menjelajahi semua weblog masih memungkingkan untuk di lakukan.
Pada tahun 1999, Peter Merholz menyebutkan istilah weblog sebagai wee-blog, hingga akhirnya dibuat pendek menjadi blog sahaja. Orang yang menguruskan blog kemudian di sebut "blogger".
Dari titik itulah semuanya berubah. Semakin hari, semakin banyak orang yang membuat blog. Pertumbuhan blog menjadi semakin ketara ketika Pitas mengeluarkan Blogger.com pada Julai 1999. Blogger.com merupakan web service yang membolehkan orang yang tidak memiliki kemampuan html sekalipun mampu mencipta dan menguruskan blog.
Di titik ini, blog benar-benar berubah. Bahkan definisi blog mula bergeser.
Blog yang awalnya merupakan kumpulan link yang diceritakan oleh pemilik blog, mulai bergeser menjadi media ekspresi tidak semau pemilik blog yang dipaparkan secara kronologi terbalik.
Dari sini, semuanya benar-benar berubah. Blog bertumbuh demikian cepat. Terlebih setelah Movable Type dilancarkan dan wordpress sebagai project kelanjutan cms b2 dikeluarkan kepada umum sebagai blog engine.
Setelah itu, blog dan blogosphere terus berubah menjadi blogosphere yang kita huni hari ini
ReAd mORe - Sejarah bagaimana bermula terciptanya blog