iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Isnin, 3 Jun 2013

Sejarah terciptanya keyboard QWERTY



Pernahkah anda tertanya, mengapa susunan huruf dalam keyboard mesin taip, komputer, hingga PDA kita berupa "QWERTYUIOP" dan seterusnya? Mengapa tidak dibuat saja berurutan seperti "ABCDEFGH" dan seterusnya? Mungkin sebahagian dari anda sudah tahu ceritanya, tetapi kalau-kalau anda belum tahu ,saya bagitau di sini.

Konon, keyboard tersebut sudah diwujudkan sejak tahun 1860an oleh Sholes dan Dunsmore. Awalnya mereka membuatnya berurutan sesuai abjad. Namun, lambat laun seiring dengan meningkatnya kemampuan (kebiasaan) user, kelajuan menaip menjadi lebih cepat padahal mekanisme mesin saat itu masih sederhana. Akibatnya, (baris) butang tertentu menjadi sering tersekat dan menghalang pekerjaan.

Berdasar pengalaman mereka, akhirnya disusunlah keyboard yang sengaja dipersulit dan dibuat tidak cekap agar keyboard tidak mudah jammed. Reka bentuk mesin taip itu kemudian dijual ke Remington untuk dihasilkan secara besar-besaran tahun 1873. Susunannya terbahagi dalam empat baris, baris teratas berupa "23456789 -", baris kedua "QWE.TYIUOP", baris ketiga "XDFGHJKLM", dan baris terbawah "AX & CVBN?; R".

Seiring berjalannya waktu, teknologi berkembang pesat dan masalah butang keyboard yang sering tersekat sudah diatasi dengan reka bentuk mekanik yang lebih baik. Sejumlah reka bentuk keyboard alternatif juga muncul di pasaran. Salah satu yang cukup popular adalah Dvorak Simplified Keyboard (DSK) yang dibuat oleh August Dvorak tahun 1936. Reka bentuk itu dituntut merupakan reka bentuk yang lebih cekap, cepat, dan egronomis.

QWERTY sebenarnya punya banyak kelemahan seperti membuat tangan kiri anda overload terutama ketika menulis dalam bahasa Inggeris (hal sama saya rasakan ketika menulis dalam bahasa malaysia). QWERTY juga membuat kelingking anda overload. Kajian menunjukkan bahawa pengagihan huruf tidak merata sehingga jari anda harus menyeberang dari baris ke baris - bila dihitung jari tukang taip tipikal akan berjalan lebih dari 20 batu per hari dibandingkan dengan DSK yang hanya 1 batu.

Sayangnya, orang tetap tidak berpaling dari reka bentuk "QWERTY" padahal reka bentuk tersebut bukan merupakan reka bentuk yang terbaik. Sekalipun teknologi sudah boleh mengatasi problem butang yang tersekat, orang tetap bertahan dengan reka bentuk "QWERTY" bukannya reka bentuk lain yang lebih superior. Alih-alih, QWERTY malah dinobatkan menjadi standard antarabangsa (ISO)di tahun 1966.

Hal yang sama juga berlaku di Microsoft Windows. Kita tentu tahu bahawa Windows bukanlah sistem operasi terbaik, entah itu dari segi keselamatan, kemudahan, prestasi, sampai soal keindahan. Namun, kerana penetrasi pasaran Windows sudah begitu deras, orang mulai terbiasa menggunakan Windows dan sistem operasi tersebut menjadi terstandardisasi.

Apakah tidak ada yang lebih baik dari Windows? Tentu saja tidak. Namun orang perlu pikir-pikir beberapa kali sebelum berpaling dari standard tersebut. Mereka harus menghadapi barrier seperti faktor kos, isu keserasian, proses pembelajaran, faktor masa, dan masih banyak lagi. Akibatnya jumlah mereka yang setia jauh lebih besar daripada yang murtad. Inilah yang menjadikan Windows atau QWERTY kemudian menjadi standard - walaupun mereka bukan yang terbaik.

Dalam dunia ilmiah, fenomena ini dijelaskan sebagai konsep path dependency dan network externality. Intinya, inovasi tidak menghasilkan outcome yang out of the blue, tetapi merupakan perkembangan yang boleh dijangka dari yang sudah-sudah. Selain itu, value dari inovasi tersebut akan makin tinggi bila digunakan oleh makin banyak orang. Pada tahap tertentu, inovasi tersebut akan menjadi standard yang digunakan oleh umum.

sekian.
tiada kesahihan....
ReAd mORe - Sejarah terciptanya keyboard QWERTY

Ahad, 7 April 2013

pilihanraya umum ke 13 ( PRU-13 )

Sudah bersediakah anda untuk mengundi menentukan siapa peneraju yang berhak mentadbir malaysia. buat lah pilihan yang tepat dan bernas. jangan gadai maruah negara ke tangan² pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

ikuti perkembangan semasa mengenai pilihanraya ke 13 di
dan

SELAMAT MENGUNDI..........


ReAd mORe - pilihanraya umum ke 13 ( PRU-13 )

Selasa, 26 Februari 2013

Bagaimana untuk menambahkan kelajuan browser firefox anda


Mozilla firefox adalah pilihan terbaik penulis. kenapa? mozilla adalah browser yang berkembang dengan pesat dan jumlah penggunanya akan terus meningkat. Ada kena mengena ke? mestila..bila dah ramai pengguna, sudah tentu mozilla akan pastikan yang terbaik untuk penggunanya. 

Bagaimana? dengan menambah aplikasi add-on untuk menarik minat pengguna. Dari segi keselamatan juga adalah lebih terjamin. Ukuran download akan semakin mengecil. Yang paling best bagi aril ialah ia boleh mengintegrasi dengan banyak aplikasi terutamanya Internet Download Manager (IDM). 

Anda ingin mencubanya? download di bawah ini:-

Antara kelebihan firefox juga ialah ia mempunyai setting yang tersendiri. So, penulis akan tunjukkan macam mana setting ini mampu untuk melajukan firefox anda! dijamin 101%. Cumanya perlu buat dengan telus oke!

Lihat di address bar firefox anda, sila taip "about:config" dan tekan butang "Enter". Ia merupakan bahagian setting firefox anda.

Secara tak langsung akan keluar seperti box di atas. Klik "I'll be careful, I promise!" untuk proses menukar setting. Sekiranya tersilap, akan lain jadinya. So berhati-hati ea..

  Sila klik untuk tumbesaran!

Ini adalah senarai yang perlu anda cari dalam setting tersebut. Lihat di hujung setiap yang disenaraikan, terdapat no. integer yang perlu anda tukar atau dari true-false/false-true.

Senarai yang perlu dicari:-
network.http.max-connections
network.http.max-connections-per-server
network.http.max-persistent-connections-per-proxy
network.http.max-persistent-connections-per-server
network.http.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests
network.http.proxy.pipelining


 Sila klik untuk tumbesaran!

Cara menukarnya adalah dengan klik dua kali pada setiap yang disenaraikan dan ubah no. integer yang lama kepada yang baru.

 Sila klik untuk tumbesaran!

 Ubah nilai integer yang lama kepada yang baru:-

network.http.max-connections – 48
network.http.max-connections-per-server – 16
network.http.max-persistent-connections-per-proxy – 8
network.http.max-persistent-connections-per-server – 4
network.http.pipelining – true
network.http.pipelining.maxrequests – 100
network.http.proxy.pipelining – true

Gerakkan mouse anda di mana2 sahaja di bahagian atas dan "right clik", klik New-Integer

 
Akan keluar box seperti di atas. Sila taip "nglayout.initialpaint.delay" dan klik "OK"

Akan keluar box seperti di atas. Sila ubah nilai yang asal kepada nilai "0" dan klik "OK"

Setelah selesai, pegi semula ke adress bar, dan taip apa sahaja laman web yang dikehendaki, rasai perbezaan sebelum dan selepas proses ini dilakukan.
semoga menjadi nyata...
ReAd mORe - Bagaimana untuk menambahkan kelajuan browser firefox anda