iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Ahad, 19 Disember 2010

Tutorial naikkan trafik dengan FreeViral.com

cakap lah kat sesiapa pun .. kalau benda free mestilah ramai yang takkan lepaskan peluang betul tak? tujuan korang berblog banyak jenis dan objektifnya. salah satunya yang pasti ialah membuatkan blog korang terkenal di mata kenkawan dan sahabat baru dalam alam maya.

selain dari rejim berblogwalking, dok say hai..hai bye..bye .. mengetuk pintu chatbox orang tak kira siang malam, terdapat pelbagai alternatif tak kira jenis yang boleh diterima orang ramai atau jenis yang bakal mendapat makian kerana terdapat unsur "spammers"

saya nak perkenalkan kepada sahabat semua - FreeViral.com.
mungkin ada yang sudah tahu, tapi tak berani ambil tindakan, mungkin juga ada yang masih tak tahu, dahagakan traffic, ingin mencari jalan mudah tapi bukan melalui cara spamming, FreeViral ini merupakan salah satu cara menaikkan traffic secara menggila (er..boleh ker cakap camni ha? hahah) kerana keupayaannya menjana sehingga 10 JUTA trafik - maksimum kot !

bukan saya sajer-sajer cakap, ikut dalam penerangan .. auta dia..auta lah saya nih hahaha !!!

cara dia mudah sajer, melalui pengkiraan matematik tanpa cas terselindung, kita tak payah keluar duit, semuanya free

tapi dengan syarat tau!

kita perlu mengikuti arahan dari Step 1 hingga ke Step 2.

Step 1
inilah bahagian yang penting kerana kita perlu memasukkan kod dalam setiap kotak (ada 6 kotak). kotak pertama sudah tentulah link dari sponsor (Sponsor Ad).

klik - paparan baru akan keluar - tunggu sehingga kod angka (nombor shj) keluar di bahagian atas. copy kod tersebut dan paste dalam kotak kosong yang disediakan.

selepas itu klik link (1st Ad hingga 6st Ad) sehingga penuh ke enam-enam kotak tersebut. itu jer !! semua telah diterangkan secara mudah. jangan risau .. korang boleh buat punya !!

Step 2
borang pendaftaran disediakan. isi sahaja. kemudian tunggu email untuk pengesahan dan yang penting mendapatkan nombor siri kita punya sendiri.

sejauh ni korang faham tak konsep dia? kalau tak faham boleh tengok cara-cara dia DISINI.

kalau faham, reti bahasa dan berminat, boleh ambil entry ni untuk dimuatkan dalam entry korang pulak..
selamat ber FreeViral !!!

p.s.: opss satu lagi nak kasi tahu .. NUFF korang tak terjejas pun kalau apply menda alah ni okay!
ReAd mORe - Tutorial naikkan trafik dengan FreeViral.com

Rabu, 15 Disember 2010

Helikopter terhempas dan terbakar di Malim Nawar

                             (gambar dari koleksi saya , beberapa minit selepas kejadian)
saya ada gambar yg lain lagi, tapi biarlah satu je saya upload, sebab yg lain memang menyayat hati untuk ditatap.


KAMPAR 14 Dis. - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor maut selepas helikopter Robinson 44 (R-44) yang dipandunya secara solo terhempas dan terbakar di sebuah bekas lombong di Malim Nawar, hari ini.

Nahas yang berlaku berhampiran Estet Liang Kee di sini, pukul 2.15 petang itu, mengakibatkan Mohd. Sukri Osman, 31, mati di tempat kejadian apabila sebahagian tubuhnya dari paras pinggang ke atas melecur.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof berkata, mangsa adalah antara salah seorang daripada lapan pegawai polis yang menjalani latihan di syarikat penerbangan swasta, Integrated Training and Services Sdn. Bhd., selama enam bulan sejak September lalu.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Permatang Tok Gelam, Kepala Batas, Pulau Pinang, sedang melakukan latihan pendaratan tempur secara solo dari pusat latihan penerbangan itu berpangkalan di Ipoh.

"Saya difahamkan Mohd. Sukri merupakan seorang pemandu helikopter berpengalaman kerana telah melakukan 35 jam penerbangan.

"Helikopter dipandu mangsa dikatakan mengalami masalah mekanikal. Polis menyerahkan kes itu kepada DCA (Jabatan Penerbangan Awam) untuk siasatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Sukri meninggalkan seorang anak dan isteri. Mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat.




                                            gambar dari utusan


Dalam pada itu, seorang saksi, P. Chandrasegaran, 51, berkata, helikopter tersebut dilihat terbang rendah di kawasan bekas lombong berkenaan sebelum jatuh terhempas.

"Semasa kejadian saya sedang memandu lori membawa muatan pasir untuk dibawa keluar dari kawasan ini.

"Sebaik sahaja terhempas, helikopter itu terpelanting sejauh kira-kira 10 meter sebelum meletup dan terbakar," katanya.

Chandrasegaran yang terkejut melihat kejadian tersebut segera memaklumkannya kepada Balai Polis Malim Nawar berhampiran.
ReAd mORe - Helikopter terhempas dan terbakar di Malim Nawar

Khamis, 9 Disember 2010

Kelebihan membaca ayat " Bismillah "


“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”

Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang “bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang Islam.
Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan
Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :
“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”
Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”
Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-
  1. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.
  2. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.
  3. Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut.
  4. Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga tersebut.
  5. Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.
  6. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.
  7. Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.
  8. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
  9. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.
  10. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
  11. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.
  12. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya. Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada- mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi. “Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan ……. ” Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.
  13. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti : ” Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu”.
  14. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
  15. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
  16. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.
  17. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.


hanya allah yang mengetahui
ReAd mORe - Kelebihan membaca ayat " Bismillah "