iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Isnin, 17 Oktober 2011

Maharaja Lawak Mega di ASTRO Warna



Melihat kejayaan besar yang dimiliki menerusi program Maharaja
 Lawak yang lalu, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah
lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan
yang terhebat di rantau Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega.

Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat,
jam 10.00 malam bermula 28 Oktober, program ini menampilkan
47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia,
Singapura dan Indonesia. 
Masih menggunakan format dan konsep yang hampir sama, nasib para
peserta akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri tetap dan
undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap
dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga mereka.

Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para
penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang
 wang tunai sebanyak RM 350 000.

Menurut Pengurus Pakej Mustika, encik Nizam Sani, senarai peserta
yang dipanggil adalah berdasarkan tawaran yang diberikan oleh pihak
Astro dan kumpulan pula terbentuk berdasarkan pemilihan mereka sendiri.

“Kami member kebebasan untuk mereka sama ada untuk bertanding
secara solo atau berkumpulan, ikut keselesaan mereka kerana
keserasian itu dibentuk sendiri oleh peserta.

“Rancangan ini menjanjikan pelbagai kelainan
menerusi penyampaian dan cara yang bakal
ditonjolkan oleh setiap peserta. Hingga pada
penghujung rancangan ini nanti, kita bakal
menemukan juara yang akan bergelar
“Otai Segala Otai”,”jelas Nizam Sani.



SENARAI PESERTA

Berkumpulan:
Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:
Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid

Pasti mengeletek dan pecah limpa anda . berhati hati apabila menonton rancangan ini.......

ReAd mORe - Maharaja Lawak Mega di ASTRO Warna

Jumaat, 14 Oktober 2011

Zaman kegelapan komputer peribadi ( PC ) bakal menjelma


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Firma perunding Gartner kelmarin melaporkan jualan komputer peribadi (PC) di seluruh dunia merosot pada suku tahun kewangan yang berakhir baru-baru ini kerana pengguna lebih gemar membeli komputer meja dan telefon pintar.
Di AS, bilangan PC yang dieksport dalam suku kewangan ketiga tahun ini terus menurun.
"Pasaran PC pengguna terus lemah," kata penganalisis kanan Gartner, Mikako Kitagawa.
"Ia susulan gajet bukan PC termasuk tablet media seperti iPad dan telefon pintar yang semakin popular dan menjadi pilihan terkini pengguna," tambahnya.
Menurut Kitagawa lagi, Hewlett Packard (HP) kekal pengeluar komputer terbesar dunia, tetapi Lenovo yang berpangkalan di China semakin kukuh apabila jualan PC syarikat itu melonjak 25 peratus sekali gus merampas tempat kedua daripada Dell sepanjang tahun ini.
Laporan Gartner turut meramalkan tablet media dan telefon pintar akan terus memberi kesan kepada jualan PC terutama di AS. - AFP
ReAd mORe - Zaman kegelapan komputer peribadi ( PC ) bakal menjelma