iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Isnin, 18 April 2011

Hantar SMS percuma menggunakan MostSMS

Satu medium yang akan membuat anda rasa tersenyum melihat kredit di telefon prepaid anda masih banyak bakinya. Walaupun anda kerap menghantar sms ke rakan anda atau pun boleh lupakan bulk sms. gunakan lah mostsms ianya percuma.
pertama sekali mesti...
mostSMS login atau daftar dahulu.
dan ikuti tutorial di bawah ini




kedua
( gunakan nombor yg masih aktif / digunakan sekarang )



ketiga



keempat




dan kelima


ianya percuma memang percuma................

selamat ber sms
 kredit blog ini    fyruspyro.blogspot.com
ReAd mORe - Hantar SMS percuma menggunakan MostSMS

Ahad, 17 April 2011

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit - teaser promo

Mari gelak terbahak bahak bersama sama....... saksikan teaser ini... pasti membuatkan tali pusat anda terbelit


Terbitan : Tayangan Unggul Sdn Bhd Dari pengarah Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah Mamat Khalid sekali lagi menampilkan HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT
ReAd mORe - Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit - teaser promo

Khamis, 17 Mac 2011

Rahsia tsunami di dalam al-quran (suratan atau kebetulan)

Apa yang berlaku, adakah satu kebetulan atau memang telah tertulis tentangnya di dalam Al-Quran? Jom kita singkap kisah dan fakta di sebalik kejadian tsunami Jepun 11.03.2011.

Fakta kejadian Tsunami di Jepun:-
Tarikh : 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H
Rabiulakhir adalah bulan keempat dalam Islam, jadi 11.03.2011 bersamaan dengan06.04.1432H

Pembuktian dilakukan disebalik tarikh Hijrah ini iaitu 06.04.1432H.
1432 kita cerakinkan menjadi 14||32
Jawapannya boleh diperoleh dari Juz ke-14 di dalam Al-Quran iaitu bermula denganSurah Al-Hijr. Tsunami berlaku pada bulan 4. Kita singkap ayat keempat dari Juz ke-14 ini..

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya."

Pembuktian seterusnya adalah lokasi. Atau lebih tepat lagi kedudukan berlakunya tsunami ini iaitu di Negara Jepun. Paling tepat di Wilayah Sendai. Kedudukan Geografi Jepun adalah pada Latitude 36, Longitude 138.
Dari tahun kejadian iaitu 1432, kita telah ketahui akan berlakunya malapetaka seperti yang disebutkan dalam juz ke-14. Kita cerakinkan pula 32 menjadi 3||2.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Jepun dan tambahkan angka di dalamnya..
3+6+1+3+8 = 21
kemudian 2+1 = 3..
Maka terbuktilah nombor 3 menjadi pilihan..Nombor 3 yang dimaksudkan dalam proses cerakin di atas adalah negara Jepun.

Ambil pula lokasi latitude dan longitude Wilayah Sendai
Latitude 38'15 dan Longitude 140'53
Buat proses penambahan seperti sebelumnya..
3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
kemudian 3+0 = 3
Nyatalah nombor 3 yang tertulis dimaksudkan wilayah Sendai.

Seterusnya kita lihat pada angka 6. Iaitu pada hari ke-6 bulan ke-4 Islam itu.
Jabatan Meteorologi Rusia melaporkan kejadian tsunami berlaku pada jam 1446mengikut waktu di Jepun.
Seperti proses yang dilakukan sebelumnya, kita ulang lagi.
1+4+4+6 = 15
kemudian 1+5 = 6
angka 6 disini membuktikan masa kejadian tsunami berlaku.

Dari tahun 1432H, setelah dicerakinkan kepada 14||32, kita cerakinkan pula angka 1 dan 4. Angka 1 boleh diambil sebagai permulaan hari. Dan di dalam kalendar Islam,Jumaat merupakan permulaan hari untuk minggu tersebut. Jadi, angka 1 merujuk kepada hari berlakunya kejadian tersebut.

Lihat..betapa benarnya ayat-ayat yang diturunkan di dalam Al-Quran. Segala sesuatu yang tertulis akan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya kitab Al-Quran ini diturunkan kepada kita, umat nabi Muhammad. Walaupun zaman semakin berubah, Naskhah Al-Quran tetap kekal sepanjang zaman.

Dipercayai terdapat banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui dalam tarikh ini. Namun, apa yang tertulis dan terbukti ini pun telah membuatkan kita lihat sendiri betapa mulia dan agungnya kitab Al-Quran ini. Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini telah pun disebutkan di dalam Al-Quran. Hanya tinggal kita untuk mengkaji kalam-NYA. Wallahualam..

Saya sekadar menulis lewat pembacaan saya. Yang benar itu datangnya dari ALLAH dan segala sesuatu yang buruk itu diatas kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam..

dari sumber hanny esandra
ReAd mORe - Rahsia tsunami di dalam al-quran (suratan atau kebetulan)

Rabu, 2 Februari 2011

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit (poster terbaru HMDJPT)

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

filem terbaru dari sutradara komedi tersohor malaysia , siapa lagi kalau bukan sedare mamat khalid 

masih dalam pengambaran, nantikan kemunculannya. sila lihat update di page FB  http://www.facebook.com/pages/Husin-Mon-Dan-Jin-Pakai-Toncit/185178141503665?ref=ts&v=wall#!/pages/Husin-Mon-Dan-Jin-Pakai-Toncit/185178141503665


ReAd mORe - Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit (poster terbaru HMDJPT)

Jumaat, 21 Januari 2011

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH ada sambungannya?......... PART 2 pulaaaaaa!!!!

PENGARAH filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), Mamat Khalid nampaknya boleh tersenyum bangga apabila filem ketujuh arahannya sudah meraih kutipan sebanyak RM7.7 juta. jika diperhitungkan mungkin HKLBR boleh mencecah 8 juta dan mencipta satu lagi rekod baru dalam sejarah perfileman negara apabila dapat mengatasi kutipan filem ngangkung. dari apa yg dapat saya perhatikan kepanasan filem HKLBR masih lagi terasa walaupun sesetengah pawagam telahpun menghentikan tayangan, tapi itu tidak mustahil kerana DVD masih belum dikeluarkan.
dari berita yg dapat saya tahu dari facebook HKLBR pengambaran HKLBR 2 akan dimulakan minggu hadapan. adakah kepanasan satu akan menjangkiti yg kedua pula. sama samalah kita tunggu. apa yg dapat saya simpulkan disini ialah HKLBR memang bes,gempak .... produk kebanggan anak perak.. hidup m.khalid.. teruskan usaha anda yg membanggakan untuk negara dan org perak sekalian.......
ReAd mORe - HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH ada sambungannya?......... PART 2 pulaaaaaa!!!!