Setiap kali tibanya ramadan pasti promosi bufet ramadan menjadi keutamaan kepada kebanyakan hotel² dan restoran² . Bermacam² juadah yg disediakan dari yg biasa hingga ke luar biasa. dari masakan ala kampung hinggalah ke masakan ala barat. pelbagai cara promosi dipertontonkan kepada kita.
tapi apa yang pastinya adakah berbaloi untuk kita berbuka secara bufet. bagi sesetengah orang cara begini sangat menguntungkan,salah satu caranya tak perlu memasak dan membeli di pasar² ramadan. dapat berkumpul bersama keluarga atau kekasih. senang cuma pilih dan jamah sahaja.
Tapi ada juga orang kata membazir, sebab kos perbelanjaan yang mahal mengikut tahap bintang hotel itu. mungkin tidak menjadi masalah kepada orang yang berpendapatan tinggi. kalau tidak beruang mungkin hasrat itu di lupakan.
satu lagi makan berlebihan semasa berbuka boleh memudaratkan kesihatan.
tetapi itu bukan persoalannya , sekarang timbul pula keresahan pengguna kepada status halal premis berkenaan. apa yang ditekankan disini halalkah setiap makanan yang disuapkan kemulut kita semasa berbuka. alangkah ruginya setelah seharian berpuasa tiba masa berbuka kita menjamah makanan yang tidak halal. astaghfirullah halazim, pasti perkara ini tidak mahu terjadi kepada anda.
nasihat saya pastikan halal baru makan. berhati hatilah sebelum menjamah.
selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan .insyallah. amin
0 ulasan:
Catat Ulasan