iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Isnin, 23 Ogos 2010

Padah dimusim perayaan

Salam kepada anda semua. Sebut pasal perayaan pasti akan timbul perkara² yang tak diingini berlaku seperti kemalangan . bukan dijalanraya sahaja , mercun juga salah satu penyebab terjadinya kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa.



Berita yg baru saya baca pagi ini                                sumber dari berita harian

Murid cedera di mata terkena serpihan letupan mercun


2010/08/23

KOTA BHARU: Seorang pelajar tahun dua cedera di mata, muka dan tangan kirinya apabila mercun bola yang dijumpainya meletup di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Muhammad Aman Azrol Che Senik, 8, sedang bermain di padang permainan dan terjumpa mercun berkenaan.
Mangsa dan adiknya, Muhammad Azin, 5, cuba menyalakan mercun itu dengan mencampakkan ke dalam nyalaan api pada kertas yang terbakar menyebabkan mercun itu meletup dan serpihan bahangnya terkena mangsa.

Saya juga lihat ada kesan putih dan kemerahan pada pipi dan jari tangan kirinya melecur. Saya kemudian meminta bantuan adik ipar saya untuk menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di hospital HRPZ II, di sini, semalam.

Katanya, doktor mengesahkan anaknya itu tidak mengalami kecederaan serius dan hanya memerlukan rawatan susulan bagi memulihkan kecederaan. - BERNAMA

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
....... agakan saya ini bukanlah kejadian pertama dan terakhir, kejadian² yang lain pasti akan menyusul sedikit masa lagi........

satu lagi kejadian di terengganu ..sumber utusan malaysia

adakah ini yang diperlukan oleh kita. pasti semua orang tak menginginkan perkara seperti ini berlaku. tapi apakan daya semua telah ditentukan oleh ilahi. cuma nasihat saya berhati hatilah.

sayangilah diri anda dan keluarga anda dari perkara² yang memudaratkan.

0 ulasan: