iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Ahad, 15 Ogos 2010

(BAB 1) Sejarah Kejadian Nabi Adam Alaihissalam (bermulanya tamadun manusia)


...................................................Dimulakan dengan bismillah.
    Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.tetapi bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah. lalu jibrail kembali menemui tuhan, ia tidak dapat berbuat apa², mendengar sumpah bumi. kemudian Allah memerintah malaikat mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing² kembali dengan tangan penuh hampa.


    Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat izrail ke bumi. kata Allah "hai izrail engaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimana pun jangan engkau undur. katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama ku".
    Apabila izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil. setelah izrail mengambil beberapa jenis tanah,dia kembali ke hadrat Allah. lalu Allah berfirman."ya izrail, pertama engkau yang ku tugaskan  mengambil tanah, dan kelak ku tugaskan engkau mencabut roh manusia".
    Maka izrail bibang dibenci manusia. laluAllah berfirman; "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, dan aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit".

            >Jenis² tanah bagaimana dijadikan Adam<
Ada 12 jenis kesemuanya, tanah²nya adalah seperti berikut:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqadis
2. tanah bukit Tursina
3. tanah Iraq
4. tanah Aden
5. tanah al-kautsar
6. tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. tanah Paris
8. tanah Khurasan
9. tanah Babylon
10. tanah india
11. tanah syurga
12. tanah Tha'if
....................................................................................................................................................................................
seterusnya bersambung didalam bab 2 pula. ketahui pula dari setiap tanah itu dibahagian manakah diletakkan ditubuh Adam.

0 ulasan: