iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Khamis, 4 November 2010

Tiada lagi format 3+7 tetapi 3+8 akan diperkenalkan

Aik!!! format apa tu, haaa bagi yang dah tahu tu pasti dah dapat agak kan. tapi yang tidak mengetahuinya lagi, sistem ini ialah perubahan nombor telefon bimbit di malaysia ini. dari 10 digit ke 11 digit.

Selanjutnya bacalah petikan dari surat khabar ni.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenal format baharu nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Nombor Norizan Ghazali berkata, format baharu akan menggunakan strukyur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan "011", sebagai contoh 011 1234 5678.

"Struktur sedia ada yang membabitkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baharu 3+8, memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baharu nombor telefon mudah alih itu, di sini hari ini.

Norizan berkata, format baharu itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada, menggalakkan penyertaan baharu serta memberi kapasiti nombor dan adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang MCMC.

"Industri itu menggunakan 60 juta nombor sejak 20 tahun lalu dengan menggunakan struktur 3+7 terutama sejak pelancaran perkhidmatan mudah alih prabayar pada 1995.

"Awalan perkongsian baharu "011" mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh sama ada penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baharu." katanya.

Menerusi format baharu itu, Norizan berkata MCMC akan mengawal angka tahap pertama dan awalan yang tidak lagi eksklusif kepada mana-mana penyedia perkhidmatan.

Sementara itu, beliau berkata suruhanjaya itu bekerja rapat dengan industri menerusi kumpulan perundingan mengenai nombor sejak 2007, bagi menyediakan format baharu itu.

"Beberapa inisiatif juga dipekenalkan seperti proses menyusun semula bagi meningkatkan penggunaan struktur 3+7 dan berkongsi awalan 014," katanya.

Norizan menggesa penyedia perkhidmatan, penyedia kandungan, pentadbir sistem pertukaran cawangan swasta, pentadbir sistem perbankan dan pemegang kepentingan yang lain menyiapkan sistem mereka selari dengan penggunaan nombor baharu itu.

"Kami berharap tindakan awal mereka dapat mengelak sebarang gangguan terhadap perkhidmatan sebaik awalan baharu ''011'' dan nombor telefon lapan angka dilaksanakan," katanya.


sumber hmetro

wahhhh!! rupa²nya ada 31 juta nombor telefon bimbit di malaysia ni. ini bermakna sekurang kurangnya setiap seorang memiliki 2 nombor dan mungkin 2 telefon... ini menunjukkan bahawa gadget ini sudah mampu dimiliki oleh semua golongan rakyat. ia tidak lagi dikategorikan sebagai alat kemewahan, tetapi sebagai alat keperluan. tak kira murid sekolah, surirumah,pekerja bawahan mahupun atasan malahan datuk dan nenek jugak menggunakannya.



syabas rakyat malaysia. status negara maju pasti akan tercapai pada 2020 nanti........