IPOH - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini apabila merampas dadah bernilai lebih RM9.2 juta dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses dadah di Taman Malim Nawar, Kampar, Jumaat lepas.

Serbuan pada pukul 9 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak itu turut menahan seorang wanita yang ketika itu sedang memproses dadah di rumah terbabit, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemui 46.2 kilogram serbuk dipercayai ecstacy, 126 gm ketamin, dua botol plastik mengandungi cecair dipercayai asid, alat penimbang, ketuhar dan alat memproses dadah.

Keseluruhan berat dadah yang dirampas boleh menghasilkan 462,000 biji pil ecstacy yang dianggar bernilai lebih RM9.2 juta, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas dan menyita sebuah kereta jenis Toyota-Vios bernilai RM40,000 daripada wanita berkenaan.

Beliau berkata wanita berusia 31 tahun itu kini direman selama tujuh hari, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B akta Dadah Merbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Mohd Shukri berkata berdasarkan siasatan, polis percaya dadah yang diproses itu adalah untuk pasaran di negeri ini dan sindiket itu beroperasi sejak tiga bulan lepas.

Polis masih mengesan suspek lain yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah itu selain mengenalpasti sama ada ia membabitkan sindiket di luar negeri ini, katanya.- Bernama

berita dari berita harian online

2012/02/09

IPOH: Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun dan merampas serbuk ecstasy serta ketamin yang mampu menghasilkan 462,000 pil ecstacy yang nilai pasarannya dianggarkan bernilai RM9.2 juta. 
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, berkata serbuan dilakukan di sebuah rumah di Taman Malim Permai, Malim Nawar dekat sini, Jumaat lalu.



taman yg mana satu ni? 
kawasan yg sama tapi taman lain²
berita dari sinar harian tulislah taman malim nawar , malim nawar .kampar. nanti org ingat taman malim nawar tu dekat pekan kampar.
taman malim nawar- perumahan bawah
taman malim permai- perumahan atas(rumah besar²)
tak tahu taman yg mana satu