Beliau dilahirkan pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Syarikat (AS) dan hanya merupakan seorang pelajar ketika mengasaskan facebook pada 2004 di Havard University. Sebenarnya, facebook merupakan satu tools yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Havard. Facebook direka untuk Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya yang lain di Havard berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka. Myspace dan Friendster adalah aplikasi yang hampir sama dengan facebook tetapi facebook mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri menyebabkan ia menjadi amat popular di Havard. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ia telah mula digunakan di kolej-kolej, sekolah, dan dalam tempoh setahun, ia telah dibuka kepada orang ramai.

Hasilnya, setelah 3 tahun, beliau ditabalkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5 billion. Kini, Microsoft pun berminat dan telah membeli share facebook sebanyak 1.6% bernilai USD$246 juta. Ramai lagi yang turut membuat pelaburan besar dengan facebook seperti pengasas PayPal, Peter Theil begitu juga billionaire terkenal dari Hong Kong, Li Ka-Shing. Sehingga kini facebook menjadi semakin canggih dan penggunaannya amat meluas sehingga ada yang menjadi kaya-raya disebabkan oleh pengiklanan facebook.
Memandangkan saya dah ceritakan sedikit sejarah tentang facebook nie. Apa kata anda semua add facebook saya KLIK DI SINI. Terima kasih..
0 ulasan:
Catat Ulasan