iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Rabu, 20 Julai 2011

Mari belajar buat ORIGAMI

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.

Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mulai diperkenalkan pada abad pertama di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.

Kertas yang dibuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk menjadikan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal dari Cina adalah tongkang Cina dan kotak.

Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku

Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.

Wahai para penggemar seni origami cubalah membuat sendiri beberapa origami yg menarik ini.
untuk kejelasan klik pada gambar

Untuk mencuba origami yg lain cubalah kesini origami club ada disertakan animation sekali.
selamat mencuba