iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Jumaat, 2 Julai 2010

Pemandu maut kereta terhumban ke gaung dekat Gua Tempurung

2010/07/02
IPOH: Seorang pemandu kereta terbunuh manakala rakannya cedera parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam gaung di KM303.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kampar semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abd Aziz Salleh, berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian 9.30 malam tadi itu ialah, Chew Ee, 42, dari Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor.
"Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, rakan mangsa Ahmad Idham, 24 dari Petaling Jaya yang mengalami cedera parah di kepala dirawat di hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Katanya, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur apabila kereta jenis pacuan empat roda itu gagal dikawal lalu terbabas dalam keadaan licin dan tercampak ke dalam gaung sedalam 40 meter berhampiran Gua Tempurung.

Kedua-dua mangsa adalah kontraktor.

Polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam untuk menaikkan kedua-dua mangsa dari dalam gaung berkenaan. - BERNAMA

0 ulasan: