iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Khamis, 5 Ogos 2010

Lagi bayi di buang

Hari ini diberitakan seorang bayi lelaki di letak dalam kotak berhampiran sebuah kereta di Sungai Besar(selangor). Boleh dikatakan setiap bulan pasti ada kejadian sebegini berlaku. Sudah hilangkah pertimbangan dan keperimanusian didalam diri manusia di zaman ini? Walaupun telah ada baby hatch. masih ramai yg tidak peka.
jika bayi itu terselamat atau diselamatkan alhamdulillah. tapi jika sebaliknya ....
bacalah petikan dari utusan ini

Bayi lelaki ditemui dalam kotak di tepi kereta

05/08/2010 9:04am

SABAK BERNAM 5 Ogos – Seorang lelaki bersama rakan wanitanya terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki di dalam kotak di tepi keretanya di Sungai Besar di sini malam tadi.
Pasangan itu bagaimanapun membuat laporan penemuan bayi tersebut di Balai Polis Bangi dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Noor Mushar Mohamad berkata, bayi berusia kira-kira seminggu yang ditemui pada pukul 9 malam itu akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata, maklumat lanjut akan dimaklumkan setelah keterangan pengadu diperolehi memandangkan pengadu membuat laporan di luar kawasan. - Utusan

1 ulasan:

Popi berkata...Reply To This Comment

Apa salah bayi ini? Kalo memang ibu bapak tak berkenan dengan si bayi, berikan saja pada orang lain yang menginginkan anak. Kenapa harus dibunuh?