iklan....Layanan iklan anda.. untuk di klik

SELAMAT DATANG..Para tetamu yang dikasihi

Isnin, 12 Julai 2010

kisah menyayat hati. sedih.......

4 rakan berteduh dalam stor baiki basikal rosak

JENAZAH Ahmad Nuzol dibawa keluar dari kediamannya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Changkat Tin, semalam.
JENAZAH Ahmad Nuzol dibawa keluar dari kediamannya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Changkat Tin, semalam.
Tiga pelajar maut dihempap bumbung balik mandi lombong

BATU GAJAH: Tiga pelajar meninggal dunia dan seorang parah apabila bumbung sebuah bangunan konkrit peninggalan penjajah British yang pernah dijadikan stor menyimpan bijih timah di Changkat Tin dekat sini, runtuh dan menghempap mereka ketika berteduh daripada hujan, malam kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku jam 7 malam ketika mereka yang berusia 12 hingga 13 tahun berteduh sambil membaiki basikal salah seorang daripada mereka yang rosak dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mandi di lombong berdekatan .

Mereka yang meninggal dunia ialah Ahmad Nuzol Ahmad Nawawi, 13; Muhamad Safuwan Abdullah, 13, masing-masing murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Bendahara CM Yusof dan Muhammad Hisham Allias, 12, murid Sekolah Kebangsaan Changkat Tin. Rakan mereka yang parah ialah Mohamad Shahir Zairi, 13, pelajar kelas pendidikan khas SMK Datuk Bendahara CM Yusof.



Tiga mangsa yang mati ditemui di tengah-tengah bangunan, manakala yang cedera di kiri bangunan. Difahamkan, bangunan yang terletak di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) itu sudah terlalu usang dan hanya menunggu masa untuk roboh.

Ini kerana ada banyak retakan pada bumbung serta dinding binaan yang hanya mempunyai satu pintu dan lubang udara kecil serta sering menjadi tempat kanak-kanak kawasan perumahan itu bermain dan berteduh.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad, berkata tiga mangsa meninggal dunia akibat parah beberapa anggota badan dan pendarahan dalaman, termasuk patah tengkuk, tulang rusuk serta kepala.
Ahmad Nuzol dan Muhammad Hisham meninggal dunia di Klinik Kesihatan Tanjung Tualang, manakala Muhamad Safuwan di Hospital Batu Gajah.

"Mohamad Shahir masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya.

Beliau berkata, semua mangsa ditemui jam 10 malam di bawah runtuhan bangunan oleh keluarga dan penduduk serta anggota RELA dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Bukit Timah.

Najib berkata, kejadian hanya disedari keluarga masing-masing apabila anak mereka tidak pulang ke rumah selepas jam 7 malam sebelum mengadakan operasi mencari terutama di kawasan lombong dan polis dimaklumkan selepas mangsa ditemui di bawah runtuhan itu.

Sementara itu, Ketua Perhubungan RELA Tanjung Tualang, Ahmad Redwan Arif, berkata sebaik menerima maklumat, beliau bersama 25 anggota RELA kawasan Changkat Tin dan Tanjung Tualang menjalankan gerakan mencari bermula jam 8 malam, termasuk di kawasan lombong tinggal di belakang perumahan rumah keluarga mangsa.

"Sebaik dimaklumkan penemuan mangsa jam 9.30 malam, kami bergegas ke tempat kejadian dan mendapati penduduk sedang mengalihkan runtuhan konkrit dan mengangkat mangsa,” katanya.

Ibu Mohamad Shahir, Normala Mohamed, 39, berkata anak keempat daripada tujuh beradik itu menjalani pembedahan jam 2 petang semalam bagi mengeluarkan darah beku pada dada kiri, selain paru-paru mengalami masalah tetapi stabil.

Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshvinder Singh Kashmir Singh, turut meluangkan masa melawat tempat kejadian dan menemui keluarga mangsa jam 12 tengah hari semalam.

kejadian berlaku berhampiran dengan tempat tinggal saya. belum berkesempatan pergi melihat lg, insyallah sehari dua lg...

1 ulasan:

mazeermohamad berkata...Reply To This Comment

urh~ sedih~ ajal maut d tangan tuhan~ misteri~